25 May 2020

PERTANDINGAN FOTO KREATIF sempena Hari Raya Aidilfitri 2020 @ PKPB Convid-19


Assalamualaikum...
Panitia Pendidikan Seni dengan kerjasama PSS Baitul Hikmah mengadakan PERTANDINGAN FOTO KREATIF sempena Hari Raya Aidilfitri 2020 @ PKPB Convid-19.

Syarat Penyertaan;
1. Terbuka kepada semua murid dan warga SK Padang Setengge dengan 1 penyertaan sahaja.
2. Gambar kreatif berkaitan Hari Raya Norma Baharu PKPB @ Covid-19.
3. Hantarkan foto kreatif kepada Cikgu Normazela.
4. Tarikh tutup penyertaan : 31 Mei 2020

Hadiah Duit Raya;
Tempat Pertama : RM30
Tempat Kedua : RM20
Tempat Ketiga : RM10 

NORMA BAHARU : ALBUM DAN KAD RAYA SK PADANG SETENGGE @ PKPB COVID-19


Tahun ini kita beraya dalam suasana yang agak berbeza. Ekoran Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk mengekang penularan virus COVID-19, beberapa amalan Aidilfitri seperti ziarah-menziarahi hanya dapat dilaksanakan pada Hari Raya Pertama sahaja mengikut SOP yang ditetapkan. Bersama-sama wartawan Iris kita menyaksikan album Raya dan Kad Raya Murid SKPSg tahun 2020. 


PSGtv Episod 49 : Album Raya SK Padang Setengge 2020


PSGtv Episod 50 : Album Raya SK Padang Setengge 2020

23 May 2020

NORMA BAHARU : UCAPAN HARI RAYA @ PKPB COVID-19


Aidilfitri merupakan anugerah Allah S.W.T kepada umat Islam sebagai ganjaran atas kesabaran menjalani ibadah puasa. Semestinya perayaan ini disambut dengan penuh kegembiraan dan ikatan ukhuwwah sesama umat Islam mengikut batas dan amalan yang ditetapkan oleh Islam. Walau bagaimanapun, tahun ini kita beraya dalam suasana yang agak berbeza. Ekoran Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk mengekang penularan virus COVID-19, beberapa amalan Aidilfitri tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya. Namun, roh Aidilfitri boleh disambut dengan norma baharu. Jom sama-sama kita saksikan ucapan Hari Raya dari Warga Setengge.





 


20 May 2020

NORMA BAHARU KAD HARI GURU 2020

 Seperti yang kita ketahui, Pandemik COVID-19 telah disahkan merebak di negara Malaysia sejak Januari 2020. Ini menyebabkan semua institusi pendidikan telah ditutup bagi menangani penularan wabak tersebut. Jadi Sambutan Hari Guru Tahun 2020 tidak dapat disambut bersama-sama dengan murid. Tetapi, ada murid yang mengambil kesempatan ini dengan memberikan kad hari guru kepada guru kesayangan mereka melalui aplikasi Whatsapp dan Telegram. Jom sama-sama kita saksikan.




19 May 2020

NORMA BAHARU - PENGHARGAAN UNTUK GURU TAHUN 2020

 Setiap Tahun, Hari Guru disambut meriah di sekolah. Tetapi Tahun 2020, memandangkan negara dilanda wabak pandemik Convid-19 menyebabkan Sambutan Hari Guru disambut dengan menggunakan platform lain.

Terima kasih diucapkan kepada semua murid, ibu bapa dan individu atas ucapan. Kami guru SK Padang Setengge amat menghargainya.


















18 May 2020

BACA PUISI HARI GURU ASEAN 2020 - PKP @ COVID-19


Nama Peserta :
Nur Iris Kairanie binti Ismail

Umur :
12 Tahun

Sekolah :
SK Padang Setengge, Kuala Berang, Terengganu




Nama Peserta :
Normazela binti Mamat

Jawatan :
Guru Perpustakaan dan Media (GPM)

Sekolah :
SK Padang Setengge, Kuala Berang, Terengganu




Norma Baharu : Program Masih Ada Yang Sayang

 Setiap tahun di Bulan Ramadan, warga Setengge tidak pernah melupakan murid-murid Yang memerlukan. Walaupun Pandemik Convid-19 melanda, kami warga Setengge masih meneruskan program ini.

Alhamdulillah, sedikit sumbangan dapat dikumpul melalui sumbangan guru-guru & staf SK Padang Setengge. Ianya dapat dimanfaatkan kepada 6 murid yatim dan 14 keluarga murid susah. Terima kasih kepada semua penyumbang terutamanya Tuan Guru Besar yang sudi turun padang bagi mengagihkan sumbangan tersebut. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati kita semua.




















MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SK PADANG SETENGGE 2020

Tarikh : 18 Mei 2020

Masa : 10:00 Pagi

Tempat : Kediaman Masing-Masing

Melalui : Google Meet @ PKP Covid-19








Live : MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN HARI GURU SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH HULU TERENGGANU TAHUN 2020

Tarikh : 18 Mei 2020

Masa : 9:00 pagi

8.30 pagi link Google Meet akan diberikan hanya kepada PGB sahaja.
Semua dijemput untuk menyaksikan Majlis Pelancaran live melalui

Channel YouTube PSGtv SK Padang Setengge




16 May 2020

SELAMAT HARI GURU 2020

Tarikh : 16 Mei 2020

 BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU

Tema ini menyentuh peranan guru dalam memperkasakan keilmuan dan profesionalisme bagi membina generasi baharu yang dapat memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.