Taman Herba merupakan taman yang terletak berhampiran dengan Dewan Qiam. Wujudnya taman ini sebagai inovasi untuk Pusat Sumber Sekolah Baitul Hikmah. Tanaman herba bukan sahaja mewujudkan suasana landskap menghijau malah turut memberi pelbagai manfaat kepada seluruh warga setengge.
Di taman herba ini terdapat beberapa jenis pokok herba yang mempunyai khasiat dan kegunaannya. Lebih menarik lagi, pokok herba mempunyai kebaikan kerana boleh dimakan dan dijadikan sebagai ubat, jadi ia mempunyai kebaikan berganda. Antaranya ialah Sireh Cina, Halia, Kunyit, Lengkuas, Mahkota Dewa, Limau Rawit, Pokok Lemuni, Lidah Buaya, Pokok beluntas, Pokok Bismillah, Pokok Gajus dan lain-lain lagi.














































No comments:
Post a Comment