1 Jan 2019

SEJARAH SK PADANG SETENGGE


Majlis Penyerahan projek SK Padang Setengge, Hulu Terengganu telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Encik Zakaria bin Hussin, Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu pada 12 Disember 2013. Sekolah Kebangsaan Padang Setengge mula beroperasi pada 1 Januari 2014 dengan penerimaan murid kumpulan pertama seramai 85 orang dan 13 orang guru serta 2 orang kakitangan.

SK Padang Setengge dibina pada 13 Februari 2008 dan siap pada 20 Mei 2013 dengan anggaran kos RM12 juta. Bangunan Sekolah Kebangsaan Padang Setengge terdiri daripada 5 blok utama iaitu Blok Alif, Ba, Ta, Tsa dan Jim dengan 12 bilik darjah.


LAWATAN PENGARAH PELAJARAN NEGERI TERENGGANU 
KE SK PADANG SETENGGE

No comments:

Post a Comment